Assalamualaikum w.b.t,
Saya Siti Hajar, Managing Director & Pengasas Mek Siti. Kepakaran saya ialah dalam membantu ramai orang menjadi jutawan bakeri menggunakan kaedah GIS yang walau hanya 1 produk bakeri sahaja anda boleh mencipta byk cabang duit sehingga anda terpaksa menjadi jutawan. Berapa ramai yang nak saya bantu dia menjadi jutawan bakeri? Say I.
Hari ini, syukur Alhamdulillah saya sangat2 gembira kerana saya telah memiliki sebuah kilang pemprosesan hasilan bakeri di kampung saya sendiri iaitu di Kg. Kbg. Kawah, Bachok, Kelantan dan sebuah kedai bahan bakeri dan akademi di Beris, Bachok, Kelantan yang dikendalikan oleh 7 orang kakitangan saya yang amat luar biasa.
Tapi dulu, hidup saya tak macam ini. Dari seorang engineer, saya pecat bos saya pada tahun 2009 dan menjadi surirumah biasa-biasa. Akibat dah jadi biasa sangat, saya mencuba membuat bisnes kecil2an sehinggalah saya belajar sendiri melalui internet tentang bagaimana membuat biskut tart bentuk buahan dan sayuran atau lebih dikenali sebagai Veggy Fruity Cookies. Saya bermula buat biskut ini di dalam bilik kecil yang disewa, kemudian sewa 1 rumah flat dan kemudian berpindah ke rumah 2 tingkat. Dalam perjalanan saya sebagai seorang engineer sehingga mengusahakan perniagaan biskut ini, banyak kesusahan yang saya lalui. Saya pernah langsung tak ada duit untuk makan, kereta dah kena tarik, sarat mengandung pula masa itu, kena santau pula sehinggakan hidup saya menjadi gelap gelita. Masa itu, saya macam hidup tapi tak ada nyawa. Kering sekering keringnya. Dalam hati jiwa saya merasa sakit sangat2 kerana betapa banyak kelukaan dalaman yang saya alam sehinggalah saya merasa geram untuk mengubah hidup saya selama-lamanya untuk menjadi lebih baik dimata mereka yang pernah menghina saya. Sehinggalah saya dipertemukan dengan program2 Dr Azizan, ia banyak membantu saya meledakkan bisnes saya dimana income RM 300-RM 600 sebulan melonjak naik menjadi RM 60 ribu - RM 100 ribu sebulan dan alhamdulillah, dalam masa kurang 2 tahun saya telah menjadi jutawan. Dan perniagaan VFC saya kini telah diruruskan oleh adik saya dan saya pula memberi perhatian kepada perniagaan bahan bakeri segera seperti tepung kek segera, frosting segera, serbuk dessert dan sebagainya dibawah jenama Mek Siti.
Kini, saya bersyukur dengan hidup saya yang lebih kaya, lebih bahagia, lebih berkat dan yang paling penting saya kini bebas menguruskan perniagaan saya tanpa perlu saya ada disitu dan saya ada banyak masa untuk melayan karenah suami dan anak2 kesayangan saya. Saya juga gembira kerana saya dekat sangat dengan mak saya dan adik2 saya dan paling penting saya dapat bantu mereka hidup lebih senang dan bahagia berbanding dulu.
Inilah kisah hidup saya. Semoga kisah hidup saya ini menjadi inspirasi dalam hidup anda dan nda juga akan mendapat apa sahaja yang anda doakan dengan cepat dan pantas. Amin.